Site Loader

Anda sedang mencari kerja? Tidak dinafikan bahawa persaingan di alam pekerjaan memang amat tinggi. Tapi itu tidak bermakna anda patut menjadikan itu sebagai alasan untuk tidak terus mengejar impian anda.

Berikut saya kongsikan tips dapatkan kerjaya impian anda:

1. Cari pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan anda. Sebelum anda memohon apa-apa jawatan, pastikan anda buat rujukan terlebih dahulu. Pastikan jawatan yang anda pohon selaras dengan kelayakan akademik ataupun pengalaman anda. Bagi mereka yang mahu cari jawatan kosong , boleh lawati portal KerjaKosong.Co.

Di dalam portal jawatan kosong ini, terdapat pelbagai pilihan jawatan kosong kerajaan dan juga jawatan kosong swasta yang mungkin sesuai dengan anda. Pencarian kerja anda akan lebih mudah dengan adanya laman web ini. Ia sentiasa dikemaskini dan laman web ini memberikan info-info kerja kosong yang terbaru, tepat , dan berserta tips mudah dapat kerja, sama ada kerja kosong dari sektor kerajaan mahupun kerja kosong dari sektor swasta. Sesuai untuk yang mencari jawatan kosong 2020. Antara jawatan yang kerap dicari termasuk jawatan kosong sabah, kerja kosong kelantan, jawatan kosong terengganu dan jawatan kosong spp.

2. Kaji syarikat yang anda hendak pohon, termasuk laman webnya dan berikan perhatian khusus tentang operasi syarikat berkenalan.

3. Ambil peduli akan personal grooming/ tatarias anda. Sesi temuduga biasanya akan diadakan selepas anda telah disenarai-pendek. Pastikan anda memakai pakaian yang kemas dan sesuai semasa sesi temubual anda. Bagi perempuan, pastikan anda tidak memakai make-up terlalu tebal atau accessories yang banyak. Amalkan konsep ‘less is more’ apabila anda pergi ke sesi temuduga anda.

4. Elakkan bercakap buruk tentang majikan anda yang terdahulu. Ini akan menjejaskan pandangan bakal majikan terhadap anda. Pastikan anda memberikan imej positive sebanyak mungkin dan pastikan anda tidak tunjuk perasaan gementar semasa sesi temuduga anda.

5. Update LinkedIn dan pastikan social media peribadi anda seperti Facebook atau instagram anda tidak ‘dipublickan’.

6. Follow up. Hantar email rasmi untuk bertanya tentang status permohonan anda. Ini secara tidak langsung menunjukkan anda serius tentang jawatan yang anda pohon itu, dan ia juga memberi anda peluang untuk mengingatkan perekrut siapa anda dan mengapa anda pilihan terbaik.

Sekian sahaja perkongsian hari ini. Diharapkan anda dapat mencari pekerjaan dengan mudah melalui tips serta portal rasmi jawatan kosong yang di kongsikan di atas. Semoga berjaya dalam pencarian kerja yang anda idamkan.

E.T.A

Leave a Reply

Your email address will not be published.

About Team E.T.A

Traveling with E.T.A is a family traveling/foodie blog. We work as a team, blog as a team, and travel as a team. Want to be a part of our exciting journey or be featured here in Travel with E.T.A? Airlines, train, hotels, restaurants, hostel as well as travel company and agency or product are welcome here on our blog. Contact us for honest write ups for advertorial, reviews, sponsored trip or media appearance at: [email protected]
April 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930